luahhan seorang wanita




Satu pesanan yang tak bertanda
pesanan terakhir kau yang tak bernoktah
ralik benar ku menela'ah
kaca kaca di mata mula berderai
esakan tangisanku kedengaran..
Suatu perasaan yang tak boleh didefinasikan
lama juga telah ku simpan
makin hari makin membara
mentelah aku sudah berabad tidak bersua dengannya..
Bonda ayahnda
pada mulanya katamu kau akan pulang
hanya dalam masa sebulan lagi
setelah lama aku menanti,
mengapa tiada khabar berita darimu
aku masih lagi dalam penantian..
Hari berganti hari,
masih sepi tanpa teman,
mainan tidurku ternyata bukan mainan,
tapi adala kenyataan,
pergimu bukan sebulan
tetapi selamanya...
Tak dapat tidak,
terpaksa ku terima takdir ini..
Apabila ku lihat tetamu tetamu Allah bertawaf,
aku tercari cari antara mereka adakah kamu,
Apabila takbir iduladha berkumandang,
dapatku saksikan tamu tamu Allah itu bertakbir,
memakai baju warna-warni
menitiskan airmata sayu dan rindu
pada keluarga yang jauh..
Bonda Ayahnda,
kau bersemadi di tanah yang suci
ku iringkan doa tiap kali merindui
moga tenanglah rohmu di sana nanti...



Jika kau rasakan..
Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.

Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
& menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.

Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.

Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.

Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah,
aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah
Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan..

No comments:

Post a Comment