hukum wanita menyanyi

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala

ciri-ciri wanita idaman lelaki


ciri-ciri wanita idaman lelaki

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!
  • Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
    Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.
  • Suka dimanja
    Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!
  • Jangan bersolek tebal
    Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!
  • Look at me!
  • Sentiasa menghormatinya
    Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.
  • Sering tanya khabar
    Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • DOn't stare!
  • Jangan terlalu kebudak-budakan
    Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!
  • Agresif
  • Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif
  • Bukan materialistikmake -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!
  • Jangan ganas
    Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
  • HaiYya!
  • Tarikan derapan kasut
    Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  • Suka yang beragama
    Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
He..he…msti ad yg trsnyum simpul kn…tym sy bace ciri ni nk trgelak pn aderr…kekeh..ingatkn ad ker ciri2 muslimah sjati tp…newey dlm anda trsengih pn kitehrus sdr ni reality nyer…doktrin2 yg mresap ke dlm pikiran anda…Seolah2nye ia sdh mnjadi lumrah
Kt sini nk share sdikit koreksi bg mnjernihkan blek pemahaman anda insyaAllah…Sy bukanlah org yg lyk brbicara krn maseh cetek ilmu di dada namun sbg hamba Allah dn insan yg brtatih mnjadi ansarullah kirenye x slh if bnde ni diutarakan…cehhhh alim lak aniq hri nie
Prkataan2 yg dihighlight tu adlh antara doktrin2 yg dianggap sbg suatu kemestian dalam muamalat(prgaulan) antara lelaki dan wanita ajnabi(bukan mahram)
Mari kite mrenung firman Allah yg brbunyi:
“Dan janganlah mereka (para wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali di hadapan suami-suami mereka, atau ayah-ayah mereka, atau ayah mertua mereka, atau di hadapan putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka (keponakan laki-laki), atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau di hadapan wanita-wanita mereka, atau budak yang mereka miliki, atau laki-laki yang tidak punya syahwat terhadap wanita atau anak laki-laki kecil yang belum mengerti aurat wanita.” (An-Nur: 31)
Firman ini sgt brsesuaian menjawb tips brkenaan derapan kasut…itu jugak bley dianggap satu bntuk prhiasan ntuk mnarik prhatian lelaki apatah lg jika mmakai prhiasan seumpama gelang kaki (kreng..kreng)…pastinya ad lelaki yg brteriau..HeI KaU MeManG Da B0mB!
Friman laen pula:
”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32)
baeklah, ayat ni pula menjawab kpd sikap manja wanita yg didambakan lelaki..Jika antara suami isteri tiadalah mnjdik mslh tp yg mslhnyer bg mreka yg btul2 blum ad ikatan jika adapun hanyalah ikatan tudung ala wardina tau waheeda…rujuk highlighted words di ats…Allah melarang wanita untuk melunakkan suara krn di dlm hati lelaki ajnabi itu trkadang ad pnyakit hati…Apatah lg kene bius dgn ayt2 cayang, i lap u, u re hensem yang, dat’s why i syok abess kt u tu…mmg xtido 3 hri 3 mlm la jwbnye
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek.”
( Al-Isra: 32)
Untuk firman ini pulak Allah melarang kita mendekati zina…diulang> MENDEKATI ZINA…Bukannye BERZINA…Disebbkan salah tfseeran ni la ad yg bley ckp..
Wei, per tduh2 aku x zina la juz dating skli-skala je tu pn mslh ke?”
“Kmi juz brhbung ntuk saling memotivatekan antra satu same laen…ni pn kire jg silaturrahim ape?
Yeye mmg la if ikut tfseeran msyrakt kite smua tu x nmpk cm zina tp scara x lnsung Zina 3 in 1 brlaku (Mata, lidah & hati)…tp klu mndlmi lg ayt Allah ni trus Allah bg amaran JANGAN MENDEKATI…Ke arah mendekati tu ad byk mmg Allah tu Maha Penyayang bg peringatan ntuk kebaekan hambaNya…
Untuk akhirnya bg wanita yg mndambakan ciri2 yg wajar dimiliki bkn hnye sbg sntpn juadah pandagn lelaki ajanbi tp lebey kpd mnsucikn diri dlm menghadap Rabb yg Agung di suatu pertemuan yg pling romantis pling happening di syurga firdausi yg class nye lebey high dr 5 star class, brsamela kite renung hadith baginda SAW ini:
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”